Senin, 28 November 2011

Karkuzari di India - Sekeluarga Hindu Memeluk Agama Islam Oleh Mahodum Hsb di Kargozari Dakwah · Sunting Dokumen

Karkuzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan maghrib di Masjid Kebon Jeruk, Jakarta oleh jemaah Palestin yang khuruj di sana pada 13hb Mei 2010. Saudara Galih Urban mengkhabarkan karkuzari ini di status FB & gambar pula dirakam oleh saudara Lukman Hakim semasa jemaah sedang bayan masturat di tempat mereka (Jakarta).

Pembayan menceritakan bagaimana sekeluarga Hindu telah memeluk agama Islam. Satu rombongan jemaah Arab telah khuruj buat pertama kalinya di India. Oleh hal yang demikian, jemaah ini tidak tahu dimana masjid yang menjadi pusat/hub usaha dakwah dan tabligh di tempat itu.

Di depan masjid itu, ada seorang Hindu yang boleh dikatakan setiap harinya akan berada di situ. Jemaah ini telah bertanyakan berkenaan arah dan tempat masjid yang hendak mereka tujui kepada orang Hindu ini. Maka dia pun menunjukkan arah & tempat masjid tersebut kepada jemaah.

Beberapa hari kemudian, berlakulah ketetapan daripada Allah SWT, orang Hindu ini telah meninggal dunia. Sepertimana yang kita ketahui, adat resam bagi upacara kematian orang Hindu ialah membakar jasad mayat. Namun satu keanehan telah berlaku kepada jasad orang Hindu ini. Keseluruhan tubuhnya telah hancur terbakar kecuali tangannya yang digunakan untuk menunjuk arah kepada jemaah itu, tidak sekali-kali terbakar. Walau pun dicuba beberapa kali membakarnya, tangannya tetap juga tidak boleh terbakar. Masih tetap dalam keadaan utuh.

Akhirnya, berita perkhabaran mayat Hindu ini telah sampai ke Masjid Banglawali, Nizamuddin, masjid utama dakwah dan tabligh seluruh dunia. Kejadian ini juga telah dimesyuarahkan oleh para masyaikh/ alim ulama.  Setelah beberapa lama, keluarga si mati mendengar dan menghadapi kematian saudaranyanya, akhirnya sekeluarga Hindu ini telah memeluk agama Islam dengan kehendak Allah SWT.

Diantara isi bayan jemaah ini juga adalah dia mengatakan bahawa segala permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hanya boleh diselesaikan dengan perantaraan dakwah menyeru manusia kembali kepada Allah SWT.

Sebelum berangkat ke Jakarta, jemaah Palestine ini juga telah khuruj 10 hari di Terengganu. Saudara Mohd Faris yang nusrah jemaah ini sempat merakam gambar dan bayan jemaah. Bayan diterjemah oleh Ustaz Yusri Kedah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar